11 July 2008

pameran di UTHM

ALHAMDULILLAH..pameran di UTHM yang telah berlangsung pada 21-22 Jun telah berjalan dengan lancar..disertai oleh IPTA , IPTS dan POLITEKNIK dari seluruh malaysia..seramai 24 pasukan mengambil bahagian bertanding merebut tempat projek terbaik..Pertandingan yang berjalan selama 2 hari itu telah menobatkan projek smartABS mendapat tempat ke.6 sebagai saguhati..sekaligus menaikkan martabat POLITEKNIK PORT DICKSON sebagai institusi pelajaran bertaraf Dunia..

08 July 2008

acid kempunan presenter terbaik


Alhamdulilah projek SmartABS menyandang no.1 dalam poli,no.1 dlm pertandingan rekacipta POLIPD dan presenter terbaik adalah Mohd Husni bin Ahmad,dlm ahli SmartABS..namun Acid yang begitu cute dan hensem agak kempunan x dapat jadi yg terbaik..takpe,jgn sedih..ape2pun dah wat yg terbaik kan..

27 May 2008

1st Pertandingan RekaciPta

Alhamdulillah dengan Izin Allah projek SmartAbS 'smart ablution system' telah dipilih mendapat no.1 bagi pertandingan rekacipta bahagian Jabatan Kejuruteraan Awam. Pertandingan itu disertai oleh semua jabatan antaranya Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik, Perdagangan dan Awam.

Ahli kumpulan SmartAbS iaitu Mazni, Acid, Siti, Ida, Mas dan Husni berasa amat gembira dengan anugerah itu.Projek yang mengambil masa 6 bulan itu ternyata membuahkan hasil disamping mewujudkan karisma dan pemikiran positif antara Pensyarah dan Pelajar Khususnya.
Semoga dengan Jayanya pertandingan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang, insyaAllah.

26 May 2008

pameran Rekacipta





Alhamdulillah pameran Kelab rekacipta dan Inovasi telah berlangsung dengan baik.Tahniah dan syabas kepada semua kakitangan Jabatan kerana telah menganjurkan pertandingan antara pelajar semester akhir antara jabatan akademik Politeknik Port Dickson. Istilah Inovasi merupakan sebagai perubahan atau peningkatan dalam pemikiran seseorang, dimana hasil daripada penemuan dan penciptaan dan apabila ia dipamer secara umum, ia dianggap sebagai INOVASI.

pameran hari intelek

Alhamdulillah pameran hari Intelek 2008 berjalan dengan baik.






19 May 2008

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua. Alhamdulillah dengan Izin dari Illahi, kami telah berjaya mewujudkan sebuah website tentang projek kami iaitu SmartAbS. Projek ini adalah hasil kerjasama yang erat antara Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Port Dickson dan Fakuliti Kejuruteraan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


Projek kami diberi nama 'SmartAbS' iaitu smart ablution system, dimana produk ini berfungsi mengitar semula air wuduk yang telah digunakan untuk kegunaan tangki simbah dan sekitarnya sahaja.

Gabungan antara JKAPPD dan FKAAS UTHM telah membuahkan hasil dan kreativiti idea yang sangat bernilai dimana produk ini menggabungkan sistem pam, filter(penuras) , sensor air dan juga rekabentuk yang menarik sesuai untuk kegunaan semua Masjid dan Surau di Malaysia.


lampiran






Kesimpulan dan cadangan


Kesimpulan dan cadangan

Dengan menggunakan Smart Ablution System ini, ia merupakan satu langkah penjimatan yang boleh dibuat dengan kos yang rendah bagi menghadapi cabaran krisis air. Berikut adalah anggaran pengiraan penjimatan dari segi kos jika Smart Ablution System ini dilaksanakan.
Sebanyak 1807.76 m3 air setahun digunakan di Pusat Islam untuk mengambil wuduk. Ia berharga lebih kurang RM 2259.70 dibazirkan jika tidak dikitar semula dengan menggunakan sistem ini.
Setelah menggunakan sistem ini,
a) Kos Air
Sekiranya tidak menggunakan sistem ini, kos yang akan ditanggung untuk air yang digunakan untuk kegunaan tangki simbah dan pembersihan kawasan Pusat Islam adalah ;
2.686 m3 sehari X RM 1.25 = RM 3.38
untuk setahun,
RM 3.38 X 365 hari = RM 1233.70


> bagi setahun, air yang digunakan untuk kegunaan masjid sahaja berharga
RM 1233.70.
b) Kos Elektrik
bagi kos elektrik pula, pam berfungsi dengan kuasa 0.125 Kwatt.
Harga 1 Kwatt/jam = RM 0.22
0.125 Kwatt/jam X RM 0.22 = RM 0.0275
Anggarkan pam cuma berfungsi selama ½ jam setiap kali waktu solat (ketika orang mengambil air wuduk sahaja). Maka sehari pam hanya akan berfungsi selama 2 ½ jam.
Penggunaan elektrik bagi sistem ini hanya berharga ;
RM 0.0275 X 2 ½ jam sehari = RM 0.07
Bagi Setahun ;
RM 0.07 X 365 hari = RM 25.55
c) Kos Pemasangan dan Penggunaan bagi Tahun Pertama
Harga Smart Ablution System (termasuk tangki simpanan, Sensor, Penuras air, Pam air dan juga upah pemasangan termasuk selenggara) ialah RM 695.75.
Kos pemasangan di campur dengan kos elektrik;
RM 695.75 + RM 25.55 = RM 721.30
Dengan hanya memasang sistem ini dan kosnya bagi setahun pertama adalah RM721.30 dan dapat menjimatkan air. Kos air hanya untuk penggunaan pembersihan sekitar pusat islam dan tangki simbah berharga RM 1233.70 setahun. Dengan pengunaan sistem ini, kos untuk pembersihan dan tangki simbah tersebut tiada lagi. Sebaliknya hanya perlu membayar bagi kos sumber air bagi pengguna mengambil wuduk sahaja.
Namun bagi tahun seterusnya, tiada lagi kos pemasangan Smart Ablution sistem, hanya kos penyelenggaraan yang minima diperlukan. Maka, sudah terbukti bahawa Smart Ablution System ini bukan sahaja menyelesaikan krisis air yang melanda negara kini tetapi menjimatkan kos.


kesimpulan
Berdasarkan dengan apa yang kami jalankan, kami dapati ‘Smart Ablution system’ adalah satu system yang sesuai untuk digunakan ditempat-tempat yang melibatkan penggunaan air khususnya di masjid-masjid dan surau-surau. Kami sememangnya mencadangankan ‘Smart Ablution system’ ini digunakan ditempat seperti bekenaan. Selain dapat mengurangkan kos penggunaan air, ia juga dapat mengelakkan pembaziran air.
Dengan menggunakan ‘Smart Ablution system’ ini, ia mampu menampung penggunaan air selama 3 bulan iaitu kira-kira sebuah kolam renang sekiranya air wuduk tersebut disimpan.

‘Smart Ablution system’ adalah satu system yang mempunyai kos yang murah jika dibandingkan dengan pembaziran air yang dilakukan. Penggunaan skop dalam ‘Smart Ablution system’ amat sesuai diletakkan di mana-mana saiz longkang kerana skop yang direka adalah flexible. Kami amat bijak kerana berjaya buat system nikan..

Cadangan pembaikkan
Pengunaan pam mengikut ketinggian adalah amat penting supaya penggunaannya tidak mendatangkan masalah.
Penggunaan skop mengikut kelebaran saiz longkang.
Water level sensor

Perbincangan


Perbincangan

Kami telah memilih tajuk mereka bentuk ‘Smart Ablution system’ pada projek semester akhir ini adalah kerana kami berpendapat bahawa air wuduk yang telah digunakan boleh dibaikpulihkan dan digunakan semula untuk kegunaan lain seperti pengunaan di tangki simbah khususnya. Selain itu air wuduk yang telah digunakan boleh juga digunakan untuk menyiram pokok-pokok, membasuh lantai dan sebagainya. Menggunakan kembali air wuduk dapat menjimatkan kos pembayaran air terutamanya penggunaan air yang banyak ditempat-tempat seperti di masjid-masjid dan surau-surau.
Kami telah membuat model untuk ‘Smart Ablution system’ ini di suatu tempat sebagai contoh mengikut skala yang sama dengan tempat yang utama kami iaitu di Pusat Islam.

kajian


Cerapan Kuantiti Air yang digunakan untuk Berwuduk
Purata Penggunaan Masa Bagi 10 Orang Pengguna dalam Satu Masa
Pengguna

Tempoh (saat)
Pengguna I 40
Pengguna II 45
Pengguna III 30
Pengguna IV 34
Pengguna V 50
Pengguna VI 53
Pengguna VII 44
PenggunaVIII 45
Pengguna IX 50
Pengguna X 35
Jumlah 426


Purata masa bagi 10 orang = 426
10
= 42.6 saat
Melalui pengukuran yang dijalankan, purata kuantiti air yang digunakan salama 10 saat adalah 1.9366 liter.
Maka,
10 saat = 1.9366 l
1 saat = 0.19366 l
Purata pengunaan air bagi 1 orang untuk mengambil wuduk ialah :
42.6 saat = 0.19366 l X 42.6 saat
= 8.25 l
Dalam 42.6 saat, pengguna menggunakan 8.25 liter air untuk mengambil wuduk.
Dalam mendapatkan maklumat mengenai kuantiti air yang digunakan, kami telah pun mencerap beberapa data selama 2 minggu bagi mendapatkan keseragaman data analisis dalam kajian ini. Antara data yang dicerap ialah bilangan pengguna Pusat Islam pada setiap waktu solat dan menganalisis kuantiti air yang digunakan.


layout plan

Layout pelan
Setelah memastikan kedudukan setiap komponen dan berfungsi dengan baik, satu lakaran awalan telah dibuat. Kedudukan-kedudukan komponen adalah seperti di bawah:




Pembinaan alang di tapak projek
Pembinaan alang adalah penting untuk menampung berat tangki. Berdasarkan kepada kriteria tangki yang digunakan, kayu adalah yang paling sesuai digunakan. Ia adalah berdasar keupayaan kayu menanggung berat tangki disamping kemudahan kayu yang mudah diperolehi daripada makmal kayu yang berdekatan.
Kayu yang digunakan adalah sejenis kayu lembut

Merekabentuk model longkang
Pengukuran bagi saiz longkang berdasarkan pengukuran yang sebenar di Pusat
Islam. Saiznya adalah 4 m X 0.29 m X 0.14 m. Longkang tersebut diperbuat daripada zink aluminium.


objektif

Objektif
1.Merekabentuk Smart Ablution System yang menggunakan kembali air wuduk dan disalurkan pada tangki simbah
2. Menghasilkan satu model SmartAbS yang praktikal
3. Mengelakkan pembaziran dan penggunaan SmartAbS yang efektif

Skop
1.Mendapatkan data-data yang diperlukan seperti kuantiti air yang digunakan kekerapan jenis aliran dan sebagainya
2.Mencadangkan SmartAbS di lokasi sasaran iaitu di Pusat Islam Politeknik Port Dickson
3.Merekabentuk SmartAbs mestilah berdasarkan pengukuran sebenar dan keperluan di Pusat Islam Politeknik Port Dickson
4. Mengenal pasti alatan yang akan digunakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi





penyataan masalah



Penyataan masalah
Lokasi Smart Ablution System’
Sebenarnya kami mempunyai masalah berkaitan dengan lokasi, Pada peringkat awal cadangan untuk mendirikan ‘Smart Ablution System’ ini adalah di Pusat Islam Politeknik Port Dickson. Namun untuk membina smartAbs ini di Pusat Islam ia mengambil beberapa prosedur yang agak rumit dan mungkin perlu mengubahsuai struktur yang sedia ada di Pusat Islam. Oleh itu, sebagai alternatif yang lebih baik adalah mendirikan smartAbs ini di suatu kawasan baru yang berhampiran dengan bengkel kayu Jabatan Kejuruteraan Awam.


Pemilihan pam
kami terpaksa mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang penggunaan pam di mana kami mengalami kesukaran dalam pemilihan pam. Dalam situasi ini kami perlu mencari pam yang lebih efektif iaitu pam tersebut mestilah dapat berfungsi mengikut ketinggian yang telah ditetapkan dan sesuai digunakan di setiap masjid atau surau. Namun, untuk mendapatkan maklumat mengenai pam, kami perlu mengkaji di beberapa buah kedai dan bertanya mengenai fungsi pam kepada orang yang mahir mengenainya.

Alat pengesan air (Water Level Sensor)
Dalam melaksanakan projek ini agar lebih berkesan dan lebih efektif, kami telah memilih untuk menggunakan alat pengesan air ataupun ‘Water Level Sensor’. Tujuannya adalah untuk mengawal pam dimana pam ini akan berfungsi sekiranya sensor dapat mengesan air yang mengalir melaluinya. Oleh itu, kami perlu merujuk kepada pensyarah Jabatan Elektrik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alat pengesan air ini. Selain rujukan dari pensyarah, kami juga perlu membuat tinjauan di beberapa kedai elektrik untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan bagi menyiapkan alat pengesan air ini.


Penahan air
Dalam proses menyedut air, kami telah merekabentuk satu penahan air supaya air dapat ditakungkan dahulu dan seterusnya air dapat dipam dengan mudah dan lancar. Penahan air yang kami reka mestilah fleksibel supaya ia dapat digunakan di semua masjid dan surau. Penahan air ini juga direkabentuk agar ia boleh diletakkan di setiap saiz longkang air wuduk.

Pengenalan


Air merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian contohnya untuk kegunaan minuman, pertanian, penternakan, perindustrian dan sebagainya. Selain itu, air juga amat penting bagi seseorang muslim dalam melaksanakan ibadah dimana air digunakan untuk mengambil wuduk sebelum menunaikan solat. Wuduk itu bersih dan indah. Dalam erti kata lain membersihkan anggota wuduk seperti tangan, kaki, dan muka. Ini kerana wuduk merupakan salah satu syarat sahnya solat. Namun begitu, air yang telah digunakan untuk berwuduk terutama sekali di surau dan masjid terbuang begitu sahaja walaupun air yang digunakan untuk berwuduk tidak terlalu tercemar daripada air sisa minyak, sabun dan bendasing.
Seperti di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w yang mengingatkan kepada umatnya supaya mengelakkan pembaziran ketika berwuduk. Oleh itu, untuk mengelakkan pembaziran air tersebut, kami cadangkan satu alat untuk merawat air wuduk tersebut supaya ia dapat digunakan di tempat-tempat yang bersesuaian. Satu system yang mudah dan ringkas direkabentuk menggunakan kembali air wuduk yang terbuang dan disalurkan pada tangki simbah di tandas masjid atau surau. Ia bukan sahaja bersifat mesra alam tetapi ia juga selari dengan perspektif islam dalam menggunakan kembali semulajadi contohnya air.


Tahukah anda ?
Tamadun manusia tertumpu di sekitar kawasan yang mempunyai air.
Contohnya: Sungai Euphrates, Tigris, Nil, Wadi, Yang Tze, Ganges
Jika air tidak mencukupi, manusia merekacipta sistem pengairan yang canggih
Contohnya: Tamadun Inca di Banjaran Andes
Adakah air dunia sekarang mencukupi ?
Tidak, khasnya di negara membangun

Sebabnya:
>Air dalam bentuk yang tidak boleh digunakan
>Kos untuk mendapatkan air terlalu mahal
>Air tercemar
>Sungai menjadi surut
>Pertambahan penduduk


Penggunaan air di Malaysia
kita memerlukan 16 billion meter padu setahun
pertanian – 78%
perairan menggunakan 40% dari nilai tersebut
perairan titis boleh mengurangkan 25-90 % berbanding perairan tradisional
Industri dan domestik – 20%
bermasalah kerana menyebabkan kemerosotan kualiti air
Penggunaan domestik/awam:
Di bandar – 300 – 400 liter/orang/hari
Di negara membangun – 50 –100 liter/orang/hari


KRISIS AIR
Kerajaan Malaysia begitu aktif menerokai isu kritikal ini dan hasilnya jelas terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Menurut RMK-9, keutamaan akan diberikan bagi pembangunan penyaluran air antara negeri dan antara lembangan bagi mengatasi masalah kekurangan air dan agihan sumber air yang tidak serata dalam negara.
Sebagai satu lagi langkah untuk menampung keperluan air masa depan negara, terdapat juga cadangan untuk membina 47 empangan baru di samping tiga projek air antara negeri termasuk projek Pahang-Selangor ISRWT.
Kos pembinaan empangan-empangan tersebut, projek-projek air antara negeri serta projek sumber air yang lain dijangka mencecah angka RM52 bilion!
* oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah krisis air dan penggunaan air yang banyak setiap hari Smart Ablution System ( SmartAbs ) di reka bagi menampung keperluan air yang semakin meruncing sehingga hari ini.


18 May 2008

ahli kumpulan


1. MASTURA BINTI SELAMAT 06DKA05F002
2. MAZNI BINTI KASBOLLAH 06DKA05F036
3. SITI NUR HAFIZA BINTI MUHAMAD MAKPOL 06DKA05F056
4. MOHD AMINUR RASID BIN MOHD ALI 06DKA05F072
5. ZURAIDAH BINTI SALLEHUDEIN 06DKA05F080
6. MUHAMMAD HUSNI BIN AHMAD 06DKA04F536

pensyarah: EN. BAHARIN BIN AHMAD